Monday 21 October 2013

SANTUARI IKAN SUNGAI CHILLING

Salam.. macam biasalah, blog ni akan banyak memaparkan banyak lokasi percutian, perkelahan dan informasi-informasi terkini. Hari ini aku nak update sikitlah tentang satu lokasi perkelahan yang masih ramai x berapa tahu tentang lokasi dan keunikan tempat ini. 

SUNGAI CHILLING. 

Terletak di daerah Hulu Selangor.Anda yang datang dari Kuala Lumpur atau dari utara, boleh datang terus ke Kuala Kubu Baru. Dari Pekan Kuala Kubu, ambil jalan menuju ke Bukit Fraser. Jalan ni merupakan jalan alternatif untuk ke Raub, Kuala Lipis mahupun ke Cameron Highlands (penah dari cameron nak balik umah lalu jalan ni..perrghhh..mencabar!!).Dari Pekan Kuala Kubu tadi anda akan melalui Empangan yang luas mata memandang. habis je kawasan empangan Ampang Pecah anda akan lalui kawsan jalan yang agak sempit (macam jalan bukit putus). Selepas anda nampak satu jamabatan besi (design perang jepun dulukala), haa.. distulah tempatnya!! 

 sebelum ke sg chilling, pastikan anda mambawa bekalan makanan secukupnya untuk tenaga.


 Kalau anda dari K.L, dan melalui Jalan selayang-sg tua-ulu yam baru-batang kali, ini adalah jalan yang anda akan lalui.

 hampir ke persimpangan Pekan Rasa


 Susur ke kanan untuk masuk simpang kanan ke arah Kuala Kubu Bharu





Simpang 4 ni, anda ke kanan menuju ke Bukit Fraser / Kuala Lipis

 Ke kanan


 pepagi nie terserempak ngan abang-abang askar training.


 melepak kejap di tepi empangan


 Sampai sudah!! anda perhatikan, kenderaan hanya diletakkan ditepi jalan ajer.. so, jangan lupa bawak alat pengunci ketiga kenderaan anda untuk elak suatu yang buruk terjadi. 


 Pintu Masuk Utama


 Sempat posing lagi 


 Ini baru pendahuluan trekking.. belum mencabar lagi..





  ok. dah sampai ke tapak perkhemahan. Bagi anda yang x larat nak pergi ke kawasan air terjun, bolehlah berkelah di sini (tak berapa thrill sangat lah kalau kat sini)


Itu adalah pejabat yang perlu anda kunjungi untuk membuat pelbagai bayaran dan pertanyaan. Boleh juga dijadikan tempat menyimpan barang-barang yang x mahu di bawa ketika trekking. Caj setiap orang RM1 sahaja.. So, jangan lupa bawa duit lebih..


  Ingat!! pantang2 yang terdapat di sini. berkehmah hanya dengan kebenaran sahaja. Untuk makluman di sini memang tiada TONG SAMPAH!! anda perlu simpan sampah2 dan bawak keluar ke jalan raya tadi (ada tong sampah)


 Tarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan trekking (aku didokong ajerr.)


 santap untuk tenaga. Anda boleh membawa masuk makanan berbungkus menuju air terjun, tetapi setiap bungkusan akan dikenakan caj RM3!! deposit. Anda boleh dapat balik deposit anda bila anda bawak balik bungkusan anda tadi dalam bentuk sampah. Ini untuk memastikan tiada siapa yang sukahati membuang sampai di sepanjang trekking sehingga ke air terjun


 Bismilahirrahmanirahim.. 


 belum teruja lagi..


 Dah mula rasa seram..


 jalan berlopak pulak..redah ajerr


 jalan memang sempit, kalau berselisih dengan team lain, kenalah tolak ansur.


 rupabentuk muka bumi yang pelbagai perlu diredah








 nak rasa, leh datang..


 group kat depan ni lah yang membakar semangat kami untuk meneruskan trekking. diaorang pun ada budak-budak kecik yang join.


 memang syiiookkk...


 redah sungai plakk.. 








 lintasan terakhir dan paling dalam..


 Ya Allah.. sungguh Indah Ciptaan Mu!!!


 Wajah kepenatan dan kepuasan!! 1 jam meredah belantara..


 Kelah oh kelah!!


 jikalau dtg sini, jangan lupa bawa roti atau dapatkan makanan ikan yang dijula di pejabat di bawah tadi.




















dilarang menangkap ikan, pasti akan didenda..





Pulang kembali ke pangkal jalan..




 wakaf untuk berehat dan berkelah di bawah pulak..








Inilah jambatan yang dikatakan tadi .. ala-ala perang jepun gitu.. satu kenderaan aje yang boleh lalu.. awas di sini laluan lori balak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...