Wednesday 16 October 2013

IBADAH KORBAN AIDILADHA DI MASJID AL-MUKARRAMAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.. 

Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha coz ade lagi yang masih belum masuk opis untuk raya sakan(kecuali yang xde opis). kat sini aku nak berkongsi serba sedikit suasana sekitar ibadah korban yang dijalankan di Masjid Al-Mukarramah di Bandar Sri Damansara. Ni area umah belah mertua aku.Masjid ni cukup cantik dan ter;etak di atas bukit.So, pepahamla kalau ade yang perlu menaiki tangga untuk sampai ke perkarangan masjid. korang google sendiri la kay lokasi masjid nie.Dengan berkat dari Allah s.w.t dan kerjasama padu yang ditunjukkan, maka majlis ibadah korban ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. tak nak membebel pepanjang, korang tontonlah gambar2 yang disajikan ini.... 

 seronok sungguh anak sulung aku dok mengajak sepupu-sepupu tgk ibadah korban..lembu-lembu tu dah tertambat dari semalam menunggu giliran..

 Aduh.. ini yang tak gemar mata memandang bila ada binatang sembelihan yang mati dengan cara begini. Dimaklumkan lembu ni mati akibat terbelit dengan tali tambatnya.. Memang xde rezeki nak makan dagingnya kerana lembu ni dah dikategorikan sebagai bangkai dan hukumnya haram untuk makan dagingnya. 


 Tapak sembelihan. 
Disini kurang tanah sikit, jadi pihak masjid telah mereka tapak sembelihan baru. Bagus jugak aku lihat tapak ni kerana tapak mudah dibersihkan dan tak perlu bersusah payah mencangkul untuk melubangkan tanah.

 Suasana ketika kerja-kerja penyembelihan dijalankan.




 seperti biasa, artis-artis ini akan membuat pelbagai posing maut walaupun ketika lembu-lembu itu sedang mendengus.




 Sekor lembu yang sukar ditarik untuk dibawa ke tempat penyembelihan. Akibat amukan lembu nie, 3 orang (1 dewasa, 2 kanak-kanak) hampir terjerumus ke dalam longkang besar. x sempat nak snap gambar. Tapi, bile tgk cara jatuhannya memang agak menyakitkan.


 aktiviti melapah di perkarangan masjid.


 aktiviti memotong bahagian-bahagian keras 'tulang' dilakukan di sini menggunakan mesin pemotong. kat sini lah 'my father in law' punye tugasan.


Dah macam kat Pasar Borong 





 Suasana di dalam Masjid yang berjaya dirakamkan bersama 'entiti' yang muncul





 15 ekor lembu berjaya ditumbangkan dari 17 ekor . 2 ekor mengalami nasib yang tidak baik.


 tu diaa.. siapa yang rasmikan tu..





 Pulang dulu sebelum kembali..


 Kami datang lagi untuk aktiviti mengambil daging korban dan menyantap..


 Warga asing di mana-mana sahaja... diaorang ni amik je apa yang tinggal termasuk kepala lembu.


 Syukran, dua kupon


setelah berpenat lelah menonton aktiviti korban, apolaiee.. melantak lahh.. perghh.. daging freshhh...

2 comments:

  1. Dirasmikan oleh tu yang mahal tu. Ni masjid yg klu naik dari damansara damai, jalan serupe jln genting ke?

    ReplyDelete
  2. Ni kt bndr sri damansara,lpas tol pencala,naik kiri,tgk dpn dh nmpk kubah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...