Monday, 14 October 2013

PERLIS.. aku datang...

Haa... aku cukup suka dengan negeri nie.. sebab ape, sebab kat sini la aku menuntut ilmu, dan di sini lah aku bertemu dengan kekasih yang sehingga ke hari ini setia menjadi segala-galanya dalam idup aku !! hahaha.. Negeri yang sampai aku rasa macam nak menetap terus kat sini. Waktu aku dapat tau aku kena sambung study kat sini (Uitm Arau - Diploma Kejuruteraan Awam), aku rasa macam, argghhh.. dok kat ceruk plak.. camne nak idup?.. iyolah, kalau kat kolumpo ni memang xde masa la nak dok umah. Maklumlah, orang x penah merasa dok asrama.Tapi, inilah negeri yang cukup2 murah makanannya dan macam2 lagi lah murahnya.. ishh.. aku x dapat nak gambarkan lah betapa sonoknye bila dapat menjejakkan kaki ke sini bersama kekasih n zuriat aku.
 lepas breakfast, terus shoot ke sini, mengimbau kenangan silam waktu manis bercinta..hahaha.

 MUSHROOM-.. inilah port kami bertemu.. dan inilah port untuk bebudak student uitm (1998-2001) melepak, bercanda, berdiskusi dan macam-macam aktiviti lagi..
 haa.. GERAI... inilah tempat kami makan-makan.. kat sinilah yang menyebabkan aku dapat minum n makan dengan harga yang cukup-cukup murah berbanding dengan di kolumpo.kat sini gak aku berjaya mendapatkan untuk pertama kalinya phone number kekasih hati..
 Bini aku sibuk nak bergambar kat asrama dia.. kolej beringin.. kolej bebudak pompuan la.. haha..
 Ini..Ini..Ini..Inilah exactly tempat 4 mata bertentang buat pertama kalinye... kalau cap jari tu x boleh ilang, boleh nampak lah cap jari tu kat tiang belakang tu.hihihi..
 adoi.. nasib la ade sungai wang kelian nie.. ngan-ngam sampai, baby by nie memulakan proses meneran plak.. ape lagi mencuci la kejap..




 anak-anak aku pertama kali menjelajah gua kelam.. antara seram dan seronok..dari awal gua sampa ke hujung nya x dilepasnya baju aku..




 Harumanis- sejenis kumpulan mempelam/mangga yang cukup popular di perlis. Ada yang kate harumanis ni hanya ada dan boleh ditanam di perlis sahaja. ntah ye atau tidak.

 Aku pun pertama kali jejakkan kaki ke pusat tanaman Harumanis nie..


 Rasanya, perghh.. memang superb.. harga untuk sepinggan begini rm4-5 .. tapi, buah nie memang agak tinggi harganya..dah macam harga 'doyan' (durian)..


Taman Ular - inipun satu tempat yang aku tak pernah jejak sepanjang aku bermastautin di perlis dulu.konsepnya macam zoo kecil. boleh la untuk memperkenalkan anak2 aku dengan beberapa spesis binatang.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...