Monday, 14 October 2013

Melaka

Kami menetap di Best Western Wana.Aku x ingat apa nama lama bagi bangunan ni.dulu hotel jugak, tapi telah diambil alih oleh Rangkaina Hotel terbesar di dunia (Best Western).untuk makluman, hotel ni tiada swimming pool. Kat sini korang pun mesti dah berkunjungkan.. so , x perlulah aku nak terangkan dengan lebih detail tempat2 yang aku kunjungi.

























 menyaksikan pelancong mengenakan pelbagai jenis pakaian tradisional dengan dikenakan sedikit caj.


 korang nampak tak hotel yang berdiri megah yang menjadi latar belakang. mmm.. salah satu hotel yang menjadi sasaran, tapi, bila kenangkan harga yang dalam kategori mahal giler.. ntah bilerla dapat merasa bermalam kat situ.


 pengalaman pertama kali menaiki water cruise.






 Taman Buaya Melaka - dah ade mini water park.  itu yang baju masing2 basah

 waktu aku kecik-kecik dulu, kat sinilah aku naik kereta lembu, tapi, skang ni, hanya tinggal lembu batu jer.. haha..


 coconut shake nie mmg terbaik yang pernah aku rasa.berbaloi beratur panjang..



  x dapat naik keretapi, dapat tangga pun jadik la..





pergghh.. berbaloi-baloi.. datang awal untuk elakkan macam-macam masalah..

PERLIS.. aku datang...

Haa... aku cukup suka dengan negeri nie.. sebab ape, sebab kat sini la aku menuntut ilmu, dan di sini lah aku bertemu dengan kekasih yang sehingga ke hari ini setia menjadi segala-galanya dalam idup aku !! hahaha.. Negeri yang sampai aku rasa macam nak menetap terus kat sini. Waktu aku dapat tau aku kena sambung study kat sini (Uitm Arau - Diploma Kejuruteraan Awam), aku rasa macam, argghhh.. dok kat ceruk plak.. camne nak idup?.. iyolah, kalau kat kolumpo ni memang xde masa la nak dok umah. Maklumlah, orang x penah merasa dok asrama.Tapi, inilah negeri yang cukup2 murah makanannya dan macam2 lagi lah murahnya.. ishh.. aku x dapat nak gambarkan lah betapa sonoknye bila dapat menjejakkan kaki ke sini bersama kekasih n zuriat aku.
 lepas breakfast, terus shoot ke sini, mengimbau kenangan silam waktu manis bercinta..hahaha.

 MUSHROOM-.. inilah port kami bertemu.. dan inilah port untuk bebudak student uitm (1998-2001) melepak, bercanda, berdiskusi dan macam-macam aktiviti lagi..
 haa.. GERAI... inilah tempat kami makan-makan.. kat sinilah yang menyebabkan aku dapat minum n makan dengan harga yang cukup-cukup murah berbanding dengan di kolumpo.kat sini gak aku berjaya mendapatkan untuk pertama kalinya phone number kekasih hati..
 Bini aku sibuk nak bergambar kat asrama dia.. kolej beringin.. kolej bebudak pompuan la.. haha..
 Ini..Ini..Ini..Inilah exactly tempat 4 mata bertentang buat pertama kalinye... kalau cap jari tu x boleh ilang, boleh nampak lah cap jari tu kat tiang belakang tu.hihihi..
 adoi.. nasib la ade sungai wang kelian nie.. ngan-ngam sampai, baby by nie memulakan proses meneran plak.. ape lagi mencuci la kejap..




 anak-anak aku pertama kali menjelajah gua kelam.. antara seram dan seronok..dari awal gua sampa ke hujung nya x dilepasnya baju aku..




 Harumanis- sejenis kumpulan mempelam/mangga yang cukup popular di perlis. Ada yang kate harumanis ni hanya ada dan boleh ditanam di perlis sahaja. ntah ye atau tidak.

 Aku pun pertama kali jejakkan kaki ke pusat tanaman Harumanis nie..


 Rasanya, perghh.. memang superb.. harga untuk sepinggan begini rm4-5 .. tapi, buah nie memang agak tinggi harganya..dah macam harga 'doyan' (durian)..


Taman Ular - inipun satu tempat yang aku tak pernah jejak sepanjang aku bermastautin di perlis dulu.konsepnya macam zoo kecil. boleh la untuk memperkenalkan anak2 aku dengan beberapa spesis binatang.








Waris Mersing...

Assalamualaikum... 

Bila sesekali dapat berjumpa/berkumpul/bermesra macam nie memang macam-macam perasaan melanda..ade yang bersuka ria, terharu (bayangkanlah dah berahun x bersua muka) dan ade gak yang kaku (langsung x kenal.. hahaha).. Inilah sebabnya tabiat begini perlu ada pada setiap diri umat manusia terutama sekali bagi yang sudah berkeluarga.. bile dah bersua muka, bermacam bidalan jugak akan muncul.. air dicincang x kan putus...x kenal maka x cinta.. huhu..berfalsampah plak..


Majlis bacaan doa selamat yang dikepalai oleh En Amirullah..  






Antara Bapak dan Mak saudara yang berjaya dikumpulkan dan datang semata-mata untuk menjayakan Program yang julung-julung kali diadakan di Rumah yang cukup bernostalgia. 















 Alhamdulillah.. walaupun tidak dapat mencukupkan kuota 100%, tapi, saat begini memang amat bermakna. 


Mungkin ada yang belum mengenali di antara satu sama lain, tapi, Insyaallah, jika program begini kerap diadakan, ikatan ukhwah yang erat pasti terjalin..


Akhir kata, tidak kira siapa pun kita, darjat kita, kita perlu mengenali darah daging daging kita. InsyaAllah, diharapkan penganjuran acara seperti ini akan kerap diadakan tidak kira siapa yang akan 'lead'.

Friday, 4 October 2013

untunglarrr... naik gaji kerr???


ape-apepun.. syukur.








sama-sama la nanti kan berita yang semakin hangat diperkatakan memandangkan bajet x lama lagi..huhu..

*kredit to beritaterkini.my

Tuesday, 1 October 2013

texas chicken



haa... aku gi sini coz bini aku laa..dia dok citer-cite pegi lunch ngan member-member opis makan benda nie. apa lagi.. kena plak duit gaji baru dapat, pastu anak-anak nak mengadap exam minggu depan, trus aku teringat penah nampak branch nie kat sri gombak. so, lepas maghrib, on the way nak balik umah, trus singgah dinner kat sini.aku rasa, kalau ayam goreng dia lagi sedap dari kfc. coleslow n fries dia pun memang jauh lebih sedap. aku lebih prefer makan kat sini coz ade playground untuk anak-anak aku bermain sambil aku ngan bini aku leh menyantap..oo.. lagi satu, air leh refill!! 

 sonok yerr.. 


antara menu tester..kalau nak datang lagi... tapi siyes memang sedap...




 hero n kuda tunggangannya..


permainan 'slide' adalah permainan kegemaran Encik Aqil Mifzal..

toyota tribe winner..


korang tgk gambar pun korang tau kan kat mana.. aku gi sini ngan family pun bukan sebab duit dah terlebih, tapi disebabkan bila dah menang baucar RM50 secret recepi dari pihak toyota tribe ni, apalaga, dari umah, tahan perut, breakfast ringan-ringan, terus shoot ke giant batu caves. Abis membeli belah barang keperluan umah, perut pun dah berkeroncong,mmmm.. terus ke restoran 'resepi rahsia' ni.. order pun bajet2 la coz korang pun tau harganye mmg letup2.. tapi, mmg aku akui kualiti masakan restoran nin memang superb..




yang sulung tu (qistina amani a.k.a manje) memang untuk dia sorang aje la spageti.. xde org lain leh share melainkan dengan kebenaranya.hahha.. yang kak ngan (qairina amira) memang x kisah sgt pasal makan-makan nie.kenal orderkan dia benda yang mudah2 nak telan.


 
mummy n daddy kongsi mee kari aje la.. 




haa.. ni la dia benda yang aku menang tempoh hari.. lenguh jari jemari menaip dengan pantas.. setiap jam kena menunggu kat depan p.c. tup-tup, rezeki anak-anak dapat gak..Alhamdulillah..


ha.. lepas poslaju col,trus aku suh dia masuk jer dalam pos box. malas nak ke pos ofis nak kenan amik plak.. bertuah betul badan..lepas ni,apalagi contest aku nak join..hahaha...

SUNGAI SENDAT, ULU YAM BARU


Ha.. agak lame x posting.. arini aku nak citer ttg satu sungai yang agak femes yang terletak paling dekat ngan umah aku.. nama sungai ni Sungai Sendat.. x tau la mana dapat nama sungai ni.mungkin waktu dulu, jalan nak masuk ke sungai ni sendat sangat kot.. tapi, waktu aku ke sini (29.9.2013) pun, jalannya agak sempit dan kenalah berhati-hati sewaktu nak lalu selekoh, takut berselisih ngan kenderaan lain plak. Ikutkan kisahnya, sungai ni memang dah lama terkenal sejak aku 'merempit' dulu, tapi, aku yang x berkesempatan join geng-geng rempit waktu dok serdang dulu ke sini. kebetulan plak, lepas berkawen, tinggal plak beredekatan ngan waterfall nie.. itu pun setelah 6 tahun dok sini, barulah sempat menyinggah.. 


Ini waktu baru sampai.. memang kiteorg x prepare ape2 pakian renang mahupun tuala kecik. main belasah je dtg. Almaklumlah umah dekat jer..malas nak bersiap bagai.Opss.. lupa nak bagitau, kat sini ade dikenakan caj masuk rm1 untuk dewasa. kat sini ada disediakan kemudahan pondok, surau n toilet. Kebersihan kawsan persekitaran memang memuaskan memandangkan tak berapa ramai pengunjung waktu kami tiba.



Ini lah tarikannya (setakat yang aku nampak coz x explore ke atas lagi).. dengar kate, kawasamn air terjun jatuh tu ade pusaran air. dah ramai yang..tuutttt.... so, pepaham la yerr.. tapi, aku ade saksikan beberapa orang mamat yang selamber jer buat 'slide' dari atas batu tu ke bawah.. memang terbaek..

 anak-anak aku macam biasalah, pantang nampak air.. terus berendam.air jangan cakap, memang sejuk bangat!! yang kocik sorang ni dah la baru nak baik demam, seluar xde plak.. haha..so, aku syorkan kalau korang nak try tempat baru, bolehlah ke sini.. memang terbaikk.. nasihat aku, datang awal untuk elakkan susah nak parking...Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...